Hai... today is quite boring. so, i buat blog. actually dulu dah ada but i have delete it! 
yes. feel welcome

- DD -


This entry was posted on 06:33 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 comments:

    Unknown said...

    Saya bukanlah seorang Ustaz tapi perjalanan saya menyambung amanah dan sunnah ;)

    Pendapat saya : Saya suka wanita bertudung labuh.. Sebab nampak sopan dan tenang mata memandang. Namun sayangnya ada diantara mereka juga memakai sekadar memakai sedangkan mahu Allah bukanlah bertudung, namun menutup aurat. Apa yang mahuNya adalah TAKWA, Allah menuntut Takwa dari wanita-wanita yang mahu beriman.

    Bismillahirrahmanirrahim...

    Dari Al-Qur'an

    Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan
    rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
    (Al-Araaf : 26 )

    Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya 'menyekat pandangan mereka' (daripada memandang yang haram) dan 'memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;'

    dan 'hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka

    melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak
    mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

    dan janganlah mereka 'menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan'(gelang kaki) mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
    (An-Nurr : 31)

    Maka apa dijanjikan Allah kepada mereka yang mahu menutup diri mereka dengan takwa dan sebaik-baik pakaian. Allah naikkan darjat wanita kepada wanita yang baik dan diberi perlindungan serta dipeliharaNya.

    Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
    (Saba' : 59 )

    Kesimpulannya : Saya bukan Ustaz, hanya penyampai dan membenarkan bahawa dengan Yakin Al-Kitab Qur'an itu mempunyai 1001 jawapan untuk orang yang menggunakan Akal.

    1. Wanita Bertudung pastikan meletakkan TAKWA dahulu dalam hatinya.
    2. Harus menyembunyikan apa yang sewajibnya disembunyikan kecuali pada yang mahram.
    3.Allah menaikkan darjat bagi mereka yang hendak bertudung.

    TAHNIAH ATAS PERUBAHAN ANDA! :)
    *akubudakseni@blogspot.com Alhamdulillah

  1. ... on 24 January 2013 at 08:38  
  2. Anonymous said...

    saya rasa komen first ni dah cukup kot....hehehehe
    insyaAllah kalau berniat utk buat perkara baek, sentiasa akan dimakbulkan oleh Allah

  3. ... on 24 January 2013 at 15:20  
  4. Unknown said...

    niat yg ada tu pun dah cukup bagus...labuh ke x itu x penting, yg penting ia nya menepati syarat menutup aurat, tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan kulit..

    Alhamdulillah, hanya kita je yg mampu mengubah diri kita sendiri...

  5. ... on 25 January 2013 at 05:01  
  6. Sya said...

    setuju dengan komen pertama. Bertudung labuh tu bagus sekurang-kurangnya aurat kita lebih terjamin tertutup ;)

  7. ... on 31 January 2013 at 21:19  
  8. Nanie said...

    Alhamdulillah, tutuplah Aurat sesuai dengan syarak..besderhanalah pelan2 usaha jangan terlalu drastik.,.yang penting sesuai dengan kehendak islam, pelajari ilmu tentang aurat kemudian amalkan biar sebati dgn jiwa..bila sebati dgn jiwa pasti kamu nekad untuk jaga Aurat walau dimana berada semoga bertemu dengan kemanisan iman.. selamat berjuang menjadi wanita solehah..Allah sentiasa bersamamu =)

  9. ... on 3 February 2013 at 18:57  
  10. Unknown said...

    selamat berblogging...




    ___________________________________________________
    www.feezzyfz.my

  11. ... on 7 February 2013 at 07:01  
  12. Unknown said...

    sy sangat gembira jika saudari mahu bertudung labuh.... teruskan menggapai redhoNYA... semoga Allah mmndang niat baik saudari... :)
    alhamdulillah~

  13. ... on 10 February 2013 at 05:01