Assalamualaikum.

Simple. short. i ade niat nk pakai tudung labuh tapi tak de kekuatan itu. i pakai tudung je tapi xla selabuh mana pun.


so, i need anyone to support me untuk ke arah ini. lama dah berniat nk pakai tudung labuh. pandai ngaji. boleh tak sape2 tlg bagi pendapat sepatah dua. tq.



~DD~


This entry was posted on 04:41 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

13 comments:

    Fadzlin Basir said...

    Assalamualaikum.Niat nak bertudung labuh tu sangat baik. Tapi before tu mesti pikir elok2. tanay diri sendiri dlu samada mampu ke nak teruskan pakai tudung labuh sampai bila-bila. kena betul2 bersedia.Semoga tercapai hasrat :)

  1. ... on 24 January 2013 at 05:31  
  2. Unknown said...

    Waalaikumusalm. terima kasih atas nasihat. insyaAllah sedang kumpul kekuatan ke arah itu. cuma kdg2 rasa tak kuat sb pndangan org sekeliling. mohon support.

  3. ... on 24 January 2013 at 05:34  
  4. Unknown said...

    kalau nak mulakan sesuatu yg baik teruskan sja. hiraukan pandangan org lain. saya sudah beberapa bulan mula memakai stokin(langkah pertama) dahulu sebagai percubaan. susah nak istiqamah. tapi sy berazam untuk teruskan. memang ada pelajar lain yg pelik bila melihat saya sering pakai selpar & stokin apatah lg berlainan warna. malu pun ada tapi rileks lah dunia kan sementara..so u must istiqamah ok..

  5. ... on 24 January 2013 at 05:40  
  6. Unknown said...

    nur, kdg2 susah nk tahan pandangan org ckp kan. tpi niat saya mmg dah lama dah. cuma nk kuatkan ke arah itu rase cam berat. step pertama, saya pakai tudung style butterfly, tutup dada. dulu saya suke pakai tudung style hujung tudung dpan tu then pin tu ke bahu.napk dada. so terase malu disitu. skg tak lagi.

  7. ... on 24 January 2013 at 05:44  
  8. Unknown said...

    memanglah ada rasa malu. itu biasalah. malu mcm tu tak apa dari taktau malu x tutup aurat, itu memalukan. phm tak.jgn terlebih pk ape org lain fikir psl diri kita, baik kita fikir pasal ape yg patut kita buat.cuba fahamkan renung2 kan sebelum tido.

  9. ... on 24 January 2013 at 05:53  
  10. MaiOle2 said...

    Alhamdulillah, Niat yang baik sahaja inshaallah akan mendapat pahala. Apa yang penting ialah pakaian kita menepati syariat yang ditetapkan. Apa yang penting bersederhana dan beristiqamah.

  11. ... on 24 January 2013 at 05:55  
  12. Unknown said...

    terima kaih maiole. insyaAllah.

  13. ... on 24 January 2013 at 05:56  
  14. Unknown said...

    terima kasih jugak nur a.z...akan di renungkan bersama. masih mencari hidayah.

  15. ... on 24 January 2013 at 05:57  
  16. Unknown said...

    sama2 delisha. sy pun akan terus mencari hidayah.

  17. ... on 24 January 2013 at 06:03  
  18. Unknown said...

    semoga pjalanan mencari hidayah Allah dapat diteruskan bersama. ~DD~

  19. ... on 24 January 2013 at 06:12  
  20. Unknown said...

    Salam , kita memang wajib melabuhkan tudung tutup dada , so kenapa ada ragu2 untuk melakukannya.
    Teruskan . :)

    Tp kalau niat ini ialah niat mahu pakai tudung bulat labuh , tutup bahu , alhamdulillah !! bagus sgt.. sy penah terbaca cara-cara / tips nk istiqomah dalam bertudung labuh tutup bahu ni .

    Tips awal sebelum bertudung labuh.



    1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

    2. Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…

    3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

    4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).

    5. Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.

    6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

    7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

    8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^


    9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

    10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata



    Sy copy dari sini --> http://wanwma.com/agama/tips-awal-sebelum-bertudung-labuh/


    p/s : sy pon tidak bertudung labuh menutup bahu, tp sy pon ada niat untuk memakai tudung mcm ni . InsyaAllah, sama2 kita kuatkan tekad :)


    ....


  21. ... on 24 January 2013 at 07:42  
  22. Unknown said...

    salam,insyaallah, niat baik takd halangan..dulu saye sekolah di mrsm ulul albab,batch adik adik semua tudung labuh,kami pon terikut ikut jugak,,

  23. ... on 24 January 2013 at 19:07  
  24. sapna said...

    assalamualaikum...berdasarkan suran an nur..yang menuntut supaya muslimah perlu melabuhkan tudungnya sehingga menutupi dadanya dan menjaga pandangannya ..saya juga pernah mengalami suasana yang berbelah bagi antara fesyen dan tuntutan agama.dan sehingga kini masih dalam proses mencari diri.soul searching org puteh kata :)..peringkat permulaan lakukan la secara perlahan2 ,,dan sentiasa berdoa smg allah tetapkan hati kita ....percaya la selangkah kita untuk berubah ke jalan allah..allah akan permudah kan jalan itu ,salah satunya dengan temukan kita dengan orang yang baik..

    saya juga dalam mencari sahabat dunia dan akhirat,sekiranya berminat untuk bersahabat dengan saya ini email saya walijah80@gmail.com..saya dok kat puchong juga..

  25. ... on 19 October 2013 at 02:29